fbpx

Walnut Carrot Cake. Sangat Moist Dan Paling Awesome. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Tekstur Walnut Carrot Cake ini cukup menarik kerana bukan sahaja moist, namun punya kerangupan kacang dan rasa masam manis cream cheese.

“Sedap Walnut carrot cake ni..dah banyak resepi saya cuba, tapi resepi ni yang paling awesome!

Saya guna resepi kek dari Azie kitchen..memang moist kek nya.”

 

Bahan :

1 1/4 cawan minyak jagung

4 biji telur

120 gram gula castor

120 gram gula perang

250 gram tepung gandum

1 sudu kecil baking soda

1/4 sudu kecil garam

1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

1 cawan walnut – panggang seketika dan cincang kasar

2 cawan lobak merah – parut kasar

1 cawan kismis – opsyenal

 

Cara :

1. Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.

2. Satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam dan ayak. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi sambil terus diputar.

3. Masukkan lobak merah, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.

4. Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.

 

Resipi Cream Cheese.

(untuk resipi cream cheese saya tak gunakan butter kerana tidak sukakan rasa campuran kedua-duanya)

Bahan :

500 gm creamchese

1 cawan gula icing

300 fresh cream

 

Cara :

1. Putar creamcheese dan gula aising sehingga sebati dan lembut.

2. Dalam bekas lain, putar fresh cream. Apabila sudah kembang, baru masukkan ke dalam campuran tadi dan putar sebati.

Sumber : Wan Zuulaiha Omar

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x