fbpx

Wanita Ini Kongsikan Resepi Jualannya, Ketupat Palas Manis Kelantan. Fresh Tau Dibuat!

iCookAsia

Musim raya ini baru dapat merasa Ketupat kan? Tapi kalau dapat makan Ketupat Palas Manis Kelantan pun best juga. Boleh lah cuba resepi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini. Hanya menggunakan bahan yang mudah sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Faizah Sori perkongsian resipi Ketupat Palas Manis Kelantan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan pulut (rendam semalaman)

1 cawan santan (guna santan fresh lagi sedap)

1 cawan gula

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, beras pulut dibersihkan dan direndam semalaman. Kukus selama 30 minit.
  2. Kemudian, campurkan santan dan sedikit garam serta kukus lagi selama 30 minit.
  3. Gaul kesemua bahan bersama gula sewaktu pulut masih panas.
  4. Setelah pulut sejuk, boleh bungkus dengan daun palas.
  5. Akhir sekali, setelah siap bungkus, boleh dikukus untuk rasa lebih sedap dan tahan lama.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Faizah Sori(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x