Kalau anda tiada idea nak masak apa untuk tengahari, boleh lah cuba resepi Telur Masak Sos ini. Sangat mudah dan yang penting, rasa nya memang sedap. Apatah lagi, kalau dimakan dengan nasi panas, confirm bertambah makan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Fatimah perkongsian resipi Telur Masak Sos ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
6 biji telur (Digoreng)
Bahan B (Dikisar):
2 sudu besar cili kering
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Bahan C:
Sedikit air asam
Sedikit sos cili
Sedikit kicap manis
Sedikit halia (hiris nipis untuk tumis)
Pati ayam seketul
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit daun kari
Sedikit daun bawang
6 biji cili padi
1 biji cili merah
Sebiji bawang besar untuk hiasan
Cara membuat:
- Mula-mula, tumiskan halia dengan bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
- Kemudian, masukkan air asam jawa, cili sos, kicap manis, pati ayam, gula dan garam. Masak sampai kuah pekat.
- Seterusnya, masukkan telur, bawang besar, daun kari, daun bawang, cili padi dan cili merah.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity