Bagi yang suka me-time atau ‘healing’, mesti akan selalu cari kafe-kafe yang menarik untuk lepak kan?
Terutama sekali kalau yang jenis suka list out kafe yang selalu menjadi perhatian ramai dan viral. Paling penting, menu coffee dan dessert kene onz! Baru best nak healing dan bergambar.
Yang duk mencari kafe area Shah Alam yang sesuai untuk lepak atau buat kerja, meh sini tengok 5 list yang paling ramai recommend untuk singgah:
Kredit: Eonnmi7
1. Kafe Sorok:
Kafe ini menghidangkan pelbagai juadah makanan yang menyelerakan seperti nasi lemak, satay, kuey teow dan western food juga ada. Paling special, kuey teow udang yang memang ramai gemar nak cuba.
Kredit: Cik D
Boleh lah lepak santai bersama kawan atau keluarga sambil nikmati speciality kopi yang pelbagai dan ‘view’ yang indah. Hirup udara segar orang kata!
“Suasana yang tenang dan pengalaman makan yang unik”. Lagi ramai nak datang sini sudah semestinya.
Alamat:
Jalan Gunung Nuang U11/3, Bukit Bandaraya, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Isnin-Khamis (5pm-12am)
Jumaat-Ahad (4pm-12am)
Kredit: Kopi Pokok
2. Kopi Pokok:
Rasa nak mengopi di tengah bandar tapi inginkan ketenangan macam berada di kampung? Kopi Pokok ini kafe yang paling sesuai untuk nikmati suasana kampung.
Kredit: Alang Bendahara
Kafe ini menghidangkan macam-macam jenis kopi seperti Kopi Pokok, Kopi Butter, Latte, Kopi Karamel dan banyak lagi. Istimewa untuk yang tak minum kopi, Ais Coklat pun ada dijual. Tinggal pilih sahaja.
Kredit: kay_uzairi
Kredit: Fre
Bukan setakat minuman, menu sambil borak sambil kunyah pun ado lah orang kata. Ada Roti Bakar, Nachos, Fries. Macam-macam lah, sedap dan perfect combo lah sambil update life masing-masing. Tengah lapar sangat ni, boleh order masakan panas.
Alamat:
Jalan Bangau 6/5b, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
Selasa-Ahad (3pm-12am)
Isnin (Tutup)
Kredit: The Komunal Cafe
3. The Komunal Cafe:
Secawan kopi dapat memberikan ketenangan untuk sepanjang hari. Sebab itu ramai yang akan bawa kopi di tangan. Tak lengkap la tanpa minuman ni. Cari port breakfast yang cozy dan menyediakan coffee dan hidangan breakfast yang sedap, boleh singgah di The Komunal Cafe.
Kredit: The Komunal Cafe
Pagi-pagi dah buka!
Di sini ada menyediakan specialized menu seperti Braised Lamb Shank with Tomato Rice, Thai Chicken Salad dan pelbagai lagi. Nak makan western, meh datang sini. Rambang mata nak order mana satu nanti.
Kredit: Nadirah HAW
Kredit: Thaqeef
Kredit: The Komunal Cafe
Bukan setakat lepak santai, nak datang buat kerja sambil me-time sangat sesuai dengan suasana yang tenang dan ambience yang cantik, lagi best! Wifi percuma disediakan ya, bawa sahaja laptop.
Alamat:
4-G-03,D, vida Shop Office, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Setiap hari (8.30am-10pm)
Public Holiday might differs
Kredit: Norsyuhada Suhaimi
4. Sebentar Kopi:
Sebentar! Kena dengan nama kafe ini, memang patut singgah sebentar untuk secawan kopi. Dengan kepelbagaian coffee yang disediakan, tak jemu kalau nak datang lagi.
Kredit: Afzan Mazli
Bagi yang inginkan kelainan, boleh cuba Americano Lychee seperti yang disyorkan oleh salah seorang customer di sini! Dengan kombo yang unik dan rasa yang saling melengkapi antara manis dan pahit kopi tersebut!
Pilihan dessert juga ada di sini seperti doughnuts, muffins, croffles, croissants, cakes dan macam-macam lagi. Ramai yang puji croffles yang disediakan crunchy dan tidak terlalu manis dengan harga yang berpatutan.
Kredit: Nurul Suhada
Kredit: Sufi Samian
Tercari tempat untuk lepak atau me-time? Sebentar Kopi is definitely a good choice to hang out!
Alamat:
30-2, Commercial CentreJln Lengkuas, KEN Rimba Sales Gallery, 30-2, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Selasa-Ahad (3pm-11pm)
Isnin (Tutup)
Kredit: Karya Kopi Roastery
5. Karya Kopi Roastery:
Paling best di kafe ini, ia membekalkan biji kopi dan pati kopi yang berkualiti. Jadi, dah boleh tahu coffee yang dibuat di sini semuanya ada rasa yang padu dan berkualiti tinggi. Yang suka rasa kopi yang manis dan pahit di hujung hirupan, boleh cuba Hot Latte. Confirm termimpi-mimpi!
Kredit: Karya Kopi Roastery
Dengan gandingan piza dan churros, memang perfect combination!
Kredit: Ridz Effandy
Nak chill dengan kawan? Jom datang sini. Sekali datang, mesti akan jadi ‘monthly cafe to visit’ lepas ni.
Alamat:
13G, Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi:
Rabu-Isnin (7:30am to 10pm)
Selasa (Tutup)
Coffee kalau ada foam lagi nikmat nak minum: Meh tengok sini: https://shope.ee/5fP2Sx5Mm4
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos