fbpx

Boleh Cuba Resepi Niaga Akak Ini, Kek Batik Lembut. Memang Gebu Dan Menjadi Tau!

iCookAsia

Mesti ramai peminat Kek Batik kan? Tapi anda pernah cuba resepi Kek Batik Lembut yang memang sedap dan menjadi, mesti sekali buat rasa nak lagi. Lepas ini, boleh guna resepi ini sahaja. Puas hati pula tu.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Arnie Abdullah perkongsian resipi Kek Batik Lembut ini 🙂

Bahan-bahan:

125 g buttercup

8 sudu besar susu pekat

5 sudu besar milo

1 sudu besar serbuk koko

1/2 cawan air panas

Sebiji telur

1 sudu besar esen vanilla

400g biskut meri (Boleh beli di bakery)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cairkan butter. Kalau nak cairkan semua atau separuh dan terus masukkan bahan lain pun boleh. Guna api perlahan sahaja.
  2. Kemudian, boleh masukkan susu pekat sebelum butter habis cair. Api perlahan sahaja.
  3. Masukkan pula milo dengan api yang masih perlahan.
  4. Masukkan serbuk koko. Api perlahan sahaja dan kacau-kacau.
  5. Seterusnya, masukkan air panas dan kacau lagi. Perlahankan lagi api.
  6. Matikan api sekejap dan masukkan sebiji telur. Kacau laju sikii supaya telur tersebut cepat sebati dan tidak berketul-ketul. Pastikan api dipadamkan ketika ini dan boleh masukkan esen vanilla.
  7. Masukkan pula biskut meri yang dipatahkan dua. Nyalakan api semula pada waktu ini. Api biasa sahaja dan tidak perlu perlahan. Kacau-kacau sampai sebati dan kering. Kacau-kacau dan tunggu sekejap sebelum sambung untuk kacau lagi dengan perlahan.
  8. Masukkan dalam loyang dan tolak-tolakkan dengan sudu. Ratakan semua.
  9. Akhir sekali, boleh letak ganache atasnya, kalau tak nak letak pun tidak apa. Sejukkan bawah kipas sekejap dan masukkan ke dalam peti dalam 3 hingga 4 jam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Arnie Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x