Nak Cucur Udang Ekstra Rangup & Minuman Berbuka Paling Fresh? Guna Je Air Sparkling!

Raya kali ni, apa kata kita buat kelainan sikit di dapur? Kalau korang selalu pening fikirkan menu apa yang best untuk dihidangkan waktu berbuka puasa atau bila tetamu datang beraya, jom try gabungan menu yang confirm ngam teruk ni. Rahsia dapur kali ni memang unik—kita guna Spritzer Sparkling! Air berkarbonat ni bukan saja sedap dan fresh bila diminum, tapi rupanya ia boleh letak dalam masakan untuk buat hidangan korang lebih garing.

Jom tengok macam mana nak hasilkan dua menu killer ni:

@sunflower_october

Masak cucur udang guna sparkling water?! Yes! Rahsia rangup dia letak Spritzer Sparkling dalam adunan. Lagi ringan, lagi crispy! Tambah pula Limau Selasih Pudina Sparkling yang fresh & berais… memang ngam untuk berbuka dan hidang tetamu Raya. Raya ni jangan buat biasa-biasa Save dulu & cuba sendiri guna Spritzer Sparkling 1000ml! RESIPI SPARKLING | CUCUR UDANG CRISPY SPARKLING Bahan-bahan: • 3 cawan tepung serba guna • 1 cawan tepung beras • 1 sudu besar serbuk kunyit • 1 biji bawang merah besar • 1 genggam lobak merah yang dipotong julienne • 1 genggam kucai, dipotong 1–2 inci • 1–2 sudu besar gula • 1 mangkuk udang • Garam secukup rasa • Minyak • Spritzer Sparkling Water (air berkarbonat) – untuk adunan RESIPI SPARKLING | LIMAU SELASIH PUDINA SPARKLING Bahan-bahan: • 1 biji limau nipis • 1 sudu besar biji selasih • 4 helai daun pudina segar • Gula secukup rasa • 250ml Spritzer Sparkling • 150ml air panas • Ais #SerikanRayaSparkling #SamtingSamtingRaya #TipsMasakSparkling

♬ suara asli – Shifaiman🍉 – Shifaiman | Guitar Tutor 🎸🍉

1. Cucur Udang Ekstra Crispy Sparkling Pernah terfikir nak buat cucur guna air sparkling? Gas semula jadi dalam Spritzer Sparkling nilah yang bertindak sebagai “ejen rahsia” untuk buatkan cucur udang korang jadi ekstra crispy!

  • Bahan-bahan yang korang perlukan: 4 cawan tepung gandum, sedikit tepung beras, 1 sudu kecil serbuk kunyit, bawang besar didadu atau bawang merah, 1 ikat daun kucai (potong 1-2 inci), lobak merah (karot), garam secukup rasa, 1-2 sudu kecil gula, 1 mangkuk udang kecil (buang kulit & urat), dan pastinya bintang utama kita: 2 cawan air berkarbonat Spritzer Sparkling.
  • Cara nak buat: Mula-mula, satukan kesemua bahan kering dan sayur (tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, gula, garam, bawang, kucai, dan karot) di dalam satu mangkuk. Kemudian, masukkan air Spritzer Sparkling yang sejuk tu sedikit demi sedikit sambil kacau rata sampai adunan jadi licin.
  • Trik penting: Jangan terus goreng! Perap adunan ni selama 30 hingga 60 minit dulu. Selepas direhatkan, barulah gaulkan udang ke dalam adunan.
  • Cara menggoreng: Panaskan minyak guna api sederhana tinggi. Cedok adunan tadi bersama udang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali. Balik-balikkan dan goreng sampai warna bertukar keperangan serta rangup di kedua-dua belah. Angkat, toskan lebihan minyak, dan hidang masa tengah panas berasap!
Spritzer Sparkling Natural Mineral Water

Spritzer Sparkling Carbonated Natural Mineral Water

2. Limau Selasih Pudina Sparkling Bila dah makan cucur udang panas-panas yang rangup, tekak mestilah cari minuman yang sejuk dan menyegarkan. Minuman ni memang sangat fresh dan mudah gila nak buat!

  • Bahan-bahan: Buah limau nipis, biji selasih (rendam dalam air selama 10 minit dulu bagi kembang), daun pudina segar, gula atau madu, ais ketul, dan air Spritzer Sparkling.
  • Cara bancuh: Mula-mula, perahkan jus limau nipis ke dalam jag. Untuk maniskan air, tambah gula atau madu dan larutkan (korang boleh guna sedikit air panas untuk senangkan gula larut). Lepas tu, masukkan biji selasih yang dah kembang tadi beserta daun pudina. Seterusnya, masukkan ketulan ais dan hirisan limau nipis. Akhir sekali, tuangkan air Spritzer Sparkling sejuk dan kacau perlahan-lahan. Hiaskan gelas dengan daun pudina atau hirisan limau untuk nampak gaya kafe mewah!

Senang sangat, kan? Korang memang wajib save resipi ni awal-awal. Jangan lupa untuk dapatkan dan standby botol-botol Spritzer Sparkling kat dapur serta meja raya korang nanti. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya!

Resipi istimewa daripada: Sunflower October

Post Comment