5 makan popular di bukan Ramadan. Yang mana satu pilihan anda? 🙂
1. Bubur Lambuk
Bubur lambuk merupakan hidangan yang sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Tidak sah kalau tak mencuba bubur lambuk ketika bulan Ramadan. Ia biasanya dimasak secara bergotong-royong di masjid dan diagih-agihkan kepada orang ramai sebagai hidangan berbuka puasa.
2. Ayam Percik
Ayam Percik sangat popular terutamanya pada bulan Ramadan. Santan digunakan dalam resepi ini untuk mendapat rasa lemak pada hidangan. Ayam dibakar atas arang bagi mendapatkan rasa panggang (burn) pada ayam tersebut.
3. Tepung pelita
Tak lengkap puasa anda jika tidak menikmati tepung pelita. Antarara hidangan wajib ada di atas meja makan di waktu berbuka puasa. Tepung pelita dibuat daripada santan dan tepung beras. Ia di masak dalam bekas yang diperbuat daripada daun pisang.
4. Murtabak
Hidangan ini mudah didapati di sekitar pasar malam dan bazar Ramadan. Biasanya kita akan berjumpa dengan dua jenis murtabak iaitu murtabak ayam dan daging. Secara asasnya murtabak terdiri daripada tiga lapisan segi empat.
5. Roti John
Roti John adalah makanan yang paling digemari pada bulan Ramadan. Ia dianggap sebagai juadah pelengkap selera bagi sesiapa sahaja. Bukan sahaja enak malah ia mengenyangkan kerana Roti John menggunakan roti panjang yang di dipotong kecil