Rahsia Menu Berbuka Puasa Paling ‘Kick’: Cucur Udang Ekstra Crispy & Teh Bunga Longan Sparkling!

Pejam celik, pejam celik, bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan keampunan dah pun tiba. Lepas seharian kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, waktu berbuka pastinya momen yang paling ditunggu-tunggu, kan?. Kalau korang tengah pening fikir nak buat portluck atau juadah berbuka apa petang ni, jom try dua resipi confirm jadi ni!

Rahsia nak jadikan menu korang luar biasa kali ni cukup mudah, kita guna air berkarbonat Spritzer Sparkling! Jom kita tengok macam mana nak hasilkan dua menu killer ni.

1. Cucur Udang Crispy Sparkling Siapa je yang boleh tolak cucur udang panas-panas? Tapi macam mana nak bagi cucur korang rangup di luar, lembut di dalam? Rahsianya, bancuh guna air sparkling!

  • Bahan-bahan yang korang perlukan: Sediakan 4 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil serbuk kunyit, 1 biji bawang besar yang dipotong dadu, 1 ikat daun kucai (potong memanjang dalam 1–2 inci), 1 hingga 2 sudu kecil gula, dan garam secukup rasa. Jangan lupa 1 mangkuk udang kecil yang dah dibuang kulit dan urat, minyak untuk menggoreng, dan bahan paling penting: 2 cawan air berkarbonat Spritzer Sparkling.
  • Cara bancuhan: Mula-mula, satukan je tepung gandum, serbuk kunyit, garam, gula, bawang besar, dan daun kucai dalam satu mangkuk. Kemudian, masukkan air Spritzer Sparkling yang sejuk tu sedikit demi sedikit sambil korang kacau sampai adunan jadi sebati dan licin.
  • Trik penting: Jangan terus goreng tau! Korang kena biarkan adunan tu berehat selama 30 hingga 60 minit dulu. Lepas dah rehat, barulah gaulkan udang ke dalam adunan tadi.
  • Cara menggoreng: Panaskan minyak guna api sederhana tinggi. Cedok adunan bersama udang tadi dan masukkan perlahan-lahan ke dalam kuali. Goreng sampai cucur bertukar warna keperangan dan nampak rangup di kedua-dua belah. Angkat, toskan minyak, dan hidang waktu tengah panas. Memang kruk krak bunyinya!
@didapuryana

CUCUR UDANG & TEH BUNGA LONGAN SPARKLING Tips nak cucur udang garing & rangup, korang kena guna Spritzer Sparkling Mineral Water. Memang samting-samting sangat! Bahan-bahan : ✨3 cawan tepung gandum ✨1 cawan tepung beras ✨1sb serbuk kunyit ✨Garam secukupnya ✨1-2sb gula ✨1 biji bawang besar ✨1/2-1 biji lobak merah (julienne cut) ✨1/2-1 ikat kucai (potong 1-2 inch panjang) ✨1 mangkuk udang ✨Minyak untuk menggoreng ✨ Spritzer Sparkling Water 🔹2 bunga kekwa kering 🔹150ml air panas 🔹4-5 biji longan tin 🔹1-2sb gula (jika perlu) 🔹250ml Spritzer Sparkling @Spritzer Water 🔹Ais batu Cara-cara : 📍Untuk cucur udang, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam, gula, bawang besar, lobak merah & kucai. Gaul sebati. 📍Masukkan Spritzer Sparkling Water & gaul sebati. Rehatkan adunan 30-60 minit. 📍Selepas direhatkan, masukkan udang & gaul sebati. 📍Goreng dalam minyak panas api sederhana sehingga keperangan & garing. 📍Untuk air, rendam bunga kekwa kering bersama air panas selama 5-7 minit. 📍Keluarkan bunga, tambah air longan & kacau sebati. 📍Dalam gelas, masukkan buang longan, air longan & ais batu. 📍Masukkan teh bunga sehingga separuh gelas. Masukkan juga bunga kekwa tadi. 📍Last sekali, oenuhkan gelas dengan Spritzer Sparkling Water. Selamat Mencuba 🍲 #cucurudang #spritzersparkling #SerikanRayaSparkling #SamtingSamtingRaya #TipsMasakSparkling

♬ original sound – alsmietravelfoto – alsmietravelfoto

2. Teh Bunga Longan Sparkling Dah makan cucur panas-panas, tekak mestilah nak air yang sejuk dan menyegarkan lepas seharian berpuasa. Air ni bukan je sedap, tapi nampak macam air mahal kat kafe hipster!

  • Bahan-bahan: Korang perlukan bunga kekwa kering, air panas, buah longan dalam tin, madu, ais kiub, dan semestinya air berkarbonat Spritzer Sparkling.
  • Cara bancuh: Mula-mula kita buat teh dia dulu. Rendamkan bunga kekwa dalam air panas selama 5 minit. Masa teh tengah panas tu, masukkan madu, kacau, kemudian tapis dan biarkan ia sejuk.
  • Cara hidang: Ambil gelas lawa-lawa sikit, masukkan buah longan bersama sedikit sirapnya, dan letakkan ais kiub. Lepas tu, tuangkan teh kekwa yang dah sejuk tadi sampai separuh gelas. Tambahkan beberapa kuntum bunga kekwa untuk aesthetic, dan akhir sekali, tuangkan air berkarbonat Spritzer Sparkling sampai penuh. Kacau perlahan-lahan dan air korang dah sedia untuk dinikmati!.
Spritzer Sparkling Natural Mineral Water

Spritzer Sparkling Carbonated Natural Mineral Water

Senang gila, kan? Korang wajib save resipi ni untuk bulan puasa ni. Jangan lupa beli dan standby botol-botol Spritzer Sparkling kat dapur awal-awal. Selamat mencuba dan selamat menyambut Ramadan!

Resipi istimewa daripada: @didapuryana

Post Comment