Cara membuat Kek Red Velvet Moist Cheese ini sangat mudah kerana tidak perlu dimasak dua kali, sebaliknya adunan kek dan cheese dikukus bersama. Walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun hasilnya memang menggiurkan.
Bahan 1 :
3 biji Telur gred B
½ cawan Gula
Setitik Esen vanilla
Bahan 2 :
½ cawan Susu full cream
2 sb Susu pekat
1 sb Cuka masakan
½ cawan Minyak
Pewarna merah – sukat guna 2 penutup pewarna
Bahan 3 – ayak :
1 ½ cawan Tepung gandum
2 sb Serbuk coklat
2 sb Horlick
1 sk Soda bikarbonat
1 sk Baking powder
Bahan cheese :
60 gram cheese
1 sb susu pekat
1 sb gula
2 sb tepung
⅓ cawan susu full cream
Cara :
- Mixer bahan 1 sehingga kembang dan putih.
- Kemudian masukkan bahan 2 ke dalam bahan 1 dan mix lagi sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan bahan 3 dan gaul bersama. Hanya kaup balik adunan supaya sebati. Jangan pukul terlalu lama.
- Masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Resipi ini menggunakan loyang saiz 6”.
- Dalam bekas yang lain, putar bahan cheese sehingga sebati dan lembut kemudian tuang adunan ke atas adunan kek tadi. Letakkan menggunakan sudu atau senduk dan buat setompok demi setompok dan carik menggunakan lidi untuk mencorakkannya.
- Adunan cheese akan tenggelam, tetapi jangan risau, selepas terkena air kukusan panas, dia akan naik sendiri.
- Kukus selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api sederhana kecil.
Kredit resipi & foto : Eiza Musa