Apam Mekar yang menggunakan Soda ini sangat enak di makan. Lebih-lebih lagi pada makan petang bersama air teh. Betul tak? Namun, ada cara nya untuk mendapatkan Apam yang betul betul Mekar dengan cantik. Ikut step-by-step, baru jadi!
Terima kasih Asmidar Mirulieda untuk perkongsian resipi Apam Mekar ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan gula
3 cawan tepung gandum
3 biji telur (tidak kesah apa apa gred)
1 cawan air krim soda
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
Paper cup
Cara membuat:
- Putar gula, telur ovalette dan esen vanilla hingga betul-betul kental.
- Selepas itu, masukkan air krim soda dan putarkan secara perlahan. Kemudian masukkan tepung sikit, sedikit demi sedikit. Ketepikan adunan yang sudah sebati tadi. Didihkan air dalam kukusan.
- Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk kecil dan tuangkan pewarna pilihan sendiri.
- Susun paper cup ke dakam acuan lompang, kemudian letakkan adunan tadi mengikut kreativiti masing-masing.
- Kukus adunan selamat 10 minit.
- Pastikan penutup kukusan tadi dibalut dengan aluminium foil atau kain yang bersih supaya air tidak menitik atas adunan tersebut.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asmidar Mirulieda (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/Â