Pelbagai masakan yang boleh dibuat dengan menggunakan kuey teow ini. Tetapi, yang paling basic ialah kuey teow goreng. Kegemaran ramai dan sangat sesuai untuk sarapan pagi. Bukan itu sahaja, ia menjadi pilihan ramai untuk beli di pasar malam.
Tapi kalau buat sendiri, lagi best kan? Hasil air tangan sendiri lagi sedap!
Terima kasih Hurun’Iin Malik untuk perkongsian resipi Kuey Teow Goreng ini 🙂
Bahan-bahan:
1 paket kuey teow
6 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar cili boh
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Udang
Fish cake
2 biji telur
1 mangkuk tauge/kucai
Garam
Minyak
Cara-cara:
- Rendam kuey teow dengan air panas sebentar untuk keluarkan minyak darinya dan tos air. Ceraikan helaian kuey teow satu per satu supaya tak melekat sewaktu masak nanti.
- Untuk goreng kuey teow, letak kan minyak secukupnya, tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan cili boh, masak sampai pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis secukup rasa.
- Masukkan udang dan fish cake, kacau sekali dan masukkan kuey teow.
- Pecahkan 2 biji telur dan gaul sebati.
- Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai, tambah garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hurun’Iin Malik (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/