Menarik betul resepi ini, boleh dibuat bersama anak-anak. Simpan dalam peti sejuk, makan time panas-panas memang seronok kan!
Terima kasih Zura Zul untuk perkongsian resipi Puding Jejari Coklat ini 🙂
Bahan-bahan:
Biskut jejari secukupnya
20g agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair, sukat 2 cawan kalau tak cukup boleh tambah air (boleh juga guna susu segar)
5 sb tepung kastard (bancuh dulu dengan sedikit air)
2 sb susu pekat manis
2 sb serbuk koko
1 sb milo
1 cubit garam
Pewarna kuning atau apa-apa warna
Cara membuat:
- Masak air dengan agar-agar hingga larut. Masukkan gula, kacau hingga larut (api sederhana)
- Masukkan susu cair dan susu pekat, kacau rata.
- Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard, kacau dengan cepat bagi rata. Tabur garam dan kacau sekata. Tutup api.
- Asingkan 3 ½ cawan adunan puding dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau sebati atau blend.
- Tuang dalam ½ cawan dalam loyang 8×8,
- Susun biskut jejari jarak-jarak hingga penuh bahagian bawah loyang.
- Ambil dalam 1 cawan adunan agar-agar coklat, tuang atas biskut tadi, ratakan.
- Biar seketika dan ulang step sama hingga 3 layer.
- Lebihan adunan puding dalam periuk tadi panaskan semula, tuang sedikit pewarna.
- Tuang perlahan-lahan atas puding biskut jejari tadi sehingga habis.Â
- Sejuk atau bekukan dalam peti sejuk selama 2 jam.Â
- Boleh potong dan makan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zura Zul (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos