Siapa je tak suka Brownies kan? Pencuci mulut atau manisan ini menjadi kegilaan ramai lebih-lebih lagi kalau ada effect kedut pada permukaan. Ramai juga yang buat jualan ni.
Haa, menariknya resepi kali ini apabila menggunakan Nescafe di dalam resepi. Nak tahu apa rasanya? Jom cuba!
Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Brownies Kedut ini 🙂
Bahan A (double boiler)
200g coklat masakan
90g butter
30g serbuk koko
Sedikit nescafe (optional jika tak letak pon tak apa)
Bahan B (pukul sebati)
2 biji telur Gred B
150g gula kastor
1 penutup esen vanilla
Bahan C
100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Cara membuat:
- Campurkan adunan daripada Bahan A dengan bahan B. Gaul sebati.
- Kemudian, masukkan bahan C dan bakar pada suhu 180 selama 40 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
**Adunan untuk saiz loyang 8″ x 8″
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos