fbpx

Resepi Rojak Ayam, Confirm Terliur Dengan Kepekatan Kuahnya. Fuh Memang Sedap!

iCookAsia

Kalau dapat makan Rojak Ayam mesti best kan. Dengan kuahnya yang menambahkan lagi keenakan hidangan tersebut. Musim sekarang ini, macam susah sikit nak jumpa tau gerai-gerai yang jual Rojak Ayam ini.

Apa kata anda cuba buat sendiri? Jom kita try.

Terima kasih Rozmaliza Omar untuk perkongsian resipi Rojak Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk KUah):

 1 1/2 cawan kacang tanah goreng, buang kulit dan kisar halus

2 keping nisan

2 biji bawang besar holland (Kisarkan)

3 ulas bawang putih

2 senduk nasi cili giling

4 keping biskut marie dikisar (untuk pekatkan kuah), optional. Kalau tak nakguna boleh ganti dengan bancuhan tepung jagung

Sedikit air asam jawa

Sedikit garam dan gula

Air anggaran pekat kuah

Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan blend dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan air, air asam jawa, kacang yang dikisar dan nisan. Masukkan biskut marie. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
  3. Masak hingga kita dapat kepekatan yang kita nak.

Bahan B (Untuk Cucur):

3 senduk tepung gandum

Air secukupnya

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 ikat kangkong  (hiris halus)

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan-bahan. Gaul rata. Perap 1/2 jam.
  2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak (buat besar-besar sebab cucur akan dipotong)
  3. Apabila  sudah masak, angkat dan potong.

Bahan C (Untuk Rojak):

1 ekor ayam (potong empat)

1 batang timun (hiris nipis)

1 biji sengkuang (hiris nipis)

1 pokok daun salad (hiris nipis)

2-3 biji ubi kentang (rebus hingga lembut kemudian goreng sekejap)

4 keping tauhu (goreng dan potong)

4 biji telur (rebus keras dan goreng sekejap)

1 bungkus mee kuning dicelur sekejap

Cara penyediaan:

  1. Ayam dipotong empat.
  2. Gaulkan dengan kunyit, garam dan sedikit kicap manis.
  3. Rebus ayam dengan sedikit air saja, sampai kering air ayam.
  4. Angkat dan goreng sekejap.

Potong ayam kecil-kecil dan campur bersama bahan-bahan rojak dan cucur tepung. Tuang kuah atas rojak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x