Setiap kali nak pergi kerja, mesti teringin nak bawa bekal kan tapi sempat ke? Boleh cuba resepi sangat mudah dan simple ini, Ayam Masak Halia. Walaupun simple, tapi rasanya sedap tau. Memang kena cuba.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Mell Abdul Rahman perkongsian resipi Ayam Masak Halia ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Ayam
Bahan B (Tumis):
Bawang putih
Bawang besar
cili padi
Halia
Bahan C:
Daun bawang
Serbuk lada
kicap pekat
kicap cair
Sos tiram
Tepung jagung
Cara membuat:
- Mula-mula, cuci bersih ayam yang akan digunakan. Kalau nak goreng separuh masak terlebih dahulu pun boleh.
- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, halia, bawang putih dan cili sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan kacau.
- Kemudian, masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Gaulkan sebati.
- Masukkan sedikit garam. Boleh letak chicken stock kalau ada tapi sedikit sahaja.
- Letak sedikit serbuk lada.
- Akhir sekali, apabila ayam sudah separuh masak, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Gaul sekata dan kecilkan api sehingga ayam masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mell Abdul Rahman(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity