fbpx

Resepi Ayam Masak Halia, Memang Simple, Mudah Dan Rasa Sedap

iCookAsia

Setiap kali nak pergi kerja, mesti teringin nak bawa bekal kan tapi sempat ke? Boleh cuba resepi sangat mudah dan simple ini, Ayam Masak Halia. Walaupun simple, tapi rasanya sedap tau. Memang kena cuba.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mell Abdul Rahman perkongsian resipi Ayam Masak Halia ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Ayam

Bahan B (Tumis):

Bawang putih

Bawang besar

cili padi

Halia

Bahan C:

Daun bawang

Serbuk lada

kicap pekat

kicap cair

Sos tiram

Tepung jagung

Cara membuat:

  1. Mula-mula, cuci bersih ayam yang akan digunakan. Kalau nak goreng separuh masak terlebih dahulu pun boleh.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, halia, bawang putih dan cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan kacau.
  4. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Gaulkan sebati.
  5. Masukkan sedikit garam. Boleh letak chicken stock kalau ada tapi sedikit sahaja.
  6. Letak sedikit serbuk lada.
  7. Akhir sekali, apabila ayam sudah separuh masak, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Gaul sekata dan kecilkan api sehingga ayam masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mell Abdul Rahman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x