fbpx

Resepi Telur EGGS-tra Shiok, Mudah & Lazat Untuk Juadah Harian

iCookAsia

Sarapan yang sedap dan berkhasiat sangat diperlukan untuk memastikan tubuh badan yang sentiasa cergas dalam menjalani kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, menu yang berbeza juga harus disediakan bagi menghasilkan sarapan pagi yang menarik dan menyelerakan terutama kepada anak-anak di rumah.

Seperti yang sedia maklum, sarapan juga sangat penting sebagai permulaan hari walaupun masih ramai yang terlepas untuk mengamalkannya dek kerana kesibukan kerja mahupun sikap yang tidak mengambil berat tentang sarapan pagi. 

Justeru itu, ini adalah masa yang tepat bagi sesiapa yang selalu menghadapi masalah ini untuk join FB Live Aji-Shio dalam menyediakan sarapan yang mudah, lazat dan eggs-tra-shiok!

Kalau anda semua tak tahu nak buat apa hujung minggu ini, boleh join kami dalam sesi FB Live Aji-Shio untuk belajar cara buat “Telur Kukus Bersama Ayam Cincang Penkek Nasi Telur Rangup”. 

Pada 2 Julai 2022 ini, satu FB Live Aji-Shio akan diadakan selama 1 jam di FB Live @AJISHIO.cooking di mana satu resepi sarapan pagi akan ditunjukkan secara khas oleh Chef Azreen yang sangat berpengalaman dalam bidang masakan kepada anda semua! Jadi, lagi mudah untuk anda nak masak menu sarapan apa selepas ini.

Lagi menarik, 10 orang yang bertuah dari sesi FB Live ini akan berpeluang untuk memenangi Gift Box special dari Aji-Shio. Bukan saja-saja tau masuk FB Live ini, boleh dapat hadiah tau. Kalau anda semua nak tahu, nak tanya soalan kepada Chef Azreen kita pun boleh.

Agak-agak siapa yang bertuah itu nanti? Kalau nak tahu, anda harus join tau. Jumpa di sana semua!

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x