in ,

Air Bandung Laici Cincau. Ikut Resepi Ini Untuk Dapatkan Hasil Potongan Cincau Yang Cantik.

Air Bandung Laici Cincau ini antara minuman yang paling digemari pada bulan Ramadhan atau puasa. Terutamanya pada musim panas, memang best buat teguk air ini. Jangan risau, bulan puasa sudah lepas pun boleh buat lagi. Buat sebagai penyejuk tekak. Nyum!

Terima kasih Ben Safwan untuk perkongsian resipi Air Bandung Laici Cincau ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin laici 

1 tin susu cair

1 tin susu pekat

3 sudu makan kacang tanah tumbuk

3 1/2 sudu makan sirap cap rose 

1 sudu makan biji selasih

5-6 biji kurma merah

50-60 gram cincau hitam (disagat menggunakan sagat lubang besar)

Cara penyediaan:

  1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau. 
  2. Kemudian, masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.

“Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan” 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0