in ,

Air Jus Kurma Madu, Buat Makanan Sunnah Kepada Jus. Sedap Minum Sejuk-Sejuk.

Bila jumpa Buah Kurma ni mesti teringat pada bulan Ramadan kan? Tapi, tak salah dan malah lebih baik untuk kita teruskan makan buah Kurma ini. Sumber tenaga dan merupakan makanan Sunnah bagi yang beragama Islam. 

Tapi kalau anda nak makan dengan mudah dan rasa lebih nikmat, boleh la cuba buat Jus Kurma Madu yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini. Sedap diminum sama ada panas atau sejuk. Jom cuba!

Terima kasih Raha Md Sarip untuk perkongsian resipi Air Jus Kurma Madu ini 🙂

Bahan-bahan:

Kurma

Madu

Air masak atau susu

Cara membuat:

  1. Buah kurma dikisar halus.

*Buat lebih sebab boleh simpan di peti ais. Bila nak minum tinggal ambil sahaja. 

  1. Ambil beberapa sudu kurma yang telah dikisar. Kemudian, masukkan ke dalam cawan/mug/shaker.

3. Masukkan beberapa sudu madu.

  1. Masukkan air atau susu. Letakkan dua dua pun sedap. Godak-godak atau kacaukan. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Raha Md Sarip (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.