fbpx

Anda Hantu Buah Rambutan? Jom Buat Jem Rambutan. Boleh Buat Makan Dengan Roti.

iCookAsia

Bermula dengan musim Durian dan diikuti dengan musim Rambutan pula. Kalau jalan jalan di luar tu, mesti nampak ada gerai yang jual buah-buahan terutamanya Rambutan. Kalau tak beli rasa rugi, sebab buah-buah semua warna merah menyala. 

Kalau anda beli Rambutan yang banyak. Jangan terlepas untuk mencuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini, iaitu Jem Rambutan. Menarik tau. Boleh buat sapu bersama Roti Bakar. Makan untuk sarapan pagi atau makan petang pun boleh. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Jem Rambutan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 kg rambutan 

Segenggam gula batu

Cara membuat:

  1. Kupas rambutan, hiris isi dan asingkan biji.
  2. Kisar kasar rambutan (tetapi jangan masukkan air). Kemudian, masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan gula batu dan masak atas api kecil hingga pekat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x