in ,

Apam Coklat Style Cupcake. Pastikan Api Kuat Dan Air Mendidih, Baru Dapat Hasil Apam Yang Mekar Cantik.

Kuih Apam menjadi kegemaran ramai kerana kelembutan daripada teknik memasak mengukus. Bermacam-macam corak yang telah dikongsikan. Tetapi, kali ini adalah resipi Apam Coklat yang menggunakan bekas Cupcake. Jadi rupanya pun dalam cupcake lah. Lain bentuknya daripada kuih Apam yang biasa. Jom cuba!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Apam Coklat ini 🙂

Bahan A

1 biji telur

½ cawan gula

½ cawan minyak jagung/biasa

½ cawan air/susu cair/susu segar

2 sudu besar susu pekat

1 sudu kecil perisa coklat

 

Caranya: Blender selama 3-4 minit

Bahan B

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

2 sudu besar serbuk koko

Caranya:

  1. Ayak ke dalam bekas.

2. Tuang bahan A ke dalam bahan B..kacau sebati menggunakan whisk.

  1. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  2. Acuan di sapu sikit dengan minyak, tuang adunan.
  3. Kukus selama 15 minit. Kalau nak guna acuan cupcake kukus selama 10 minit.

*Untuk mendapat apam mekar cantik, api kena kuat.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0