fbpx

Kuey Teow Goreng Tomyam Style Orang Bujang Memang Sedap!

iCookAsia

Kerana Kuey Teow Goreng biasa terlalu mainstream, hari ini kita cuba Kuey Teow Goreng Tomyam. Bolehkah rasanya membawa kita ke Thailand? Belum cuba, belum tahu.

Bahan – bahan:

Isi Ayam – 300gm
Fishcake – 1 Keping
Bawang Holland – ¼ Biji
Lobak Merah – Potong Halus
Kobis
Bawang Putih
Bawang Merah
Pes Tomyam – 1 Paket
Cili Kisar – 2 Sudu
Sos Cili
Kicap Manis
Gula
Garam
Serai – 2 Batang (ditumbuk)
Daun Limau Purut
Kuey Teow – 1 Paket (dicelur dahulu)
Telur – 2 Biji

Cara memasak:

1. Tumis dahulu bawang putih, bawang merah sehingga naik bau, kemudian masukkan pes tomyam dan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih seketika kemudian masukkan serai, daun limau purut, sos cili dan kicap manis. Dan gaul sehingga rata.
3. Kemudian masukkan gula dan garam dan masak seketika.
4. Seterusnya masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak, dan masukkan kobis dan lobak merah. Gaul sehingga sebati.
5. Masukkan 1 paket kuey teow yang sudah dicelur dan gaul sehingga semua rata, kemudian masukkan udang.
6. Gaul dan biarkan udang masak seketika kemudian masukkan fishcake dan bawang holland.
7. Akhir sekali, masukkan telur ke dalam masakan dan gaul sehingga semua bahan sekata. Sedia untuk dihidang.
8. Taburkan daun bawang yang di potong kecil untuk dijadikan hiasan dan perah limau nipis untuk lebih rasa sedap sebelum menjamu selera.

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x