fbpx

Nasi Goreng Gaya Orang Bujang

iCookAsia

Nasi goreng ini senang je nak disediakan. Tak susah mana pun. Semua orang boleh masak walaupun peralatan memasak tidak lengkap.

Nasi Goreng Mudah

Bahan – bahan:

Nasi Putih
Bawang Putih – 2 Ulas
Bawang Merah – ¼ Biji
Bawang Holland – ¼ Biji
Lobak Merah – ½ Batang
Kobis
Cili Merah 1 Biji
Daun Bawang
Udang – 4 Ekor
Telur – 2 Biji
Fishcake – ½ keping
Garam – 1 ½ Sudu Kecil
Serbuk Lada Putih – 2 Sudu Kecil
Lada Hitam (ditumbuk)

Masak telur dadar:

Panaskan kuali dan minyak, kemudian masukkan hirisan daun bawang dan cili merah dan gaul bersama telur sehingga sebati.
Tuangkan acuan telur ke dalam kuali tunggu sehingga masak dan angkat.

Cara Memasak:

Mula mula tumiskan dahulu bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan udang dan goreng seketika.
Setelah udang mulai masak, masukkan lobak merah gaul seketika kemudian masukkan nasi.
Gaul dan goreng nasi seketika kemudian masukkan lada hitam.
Selepas itu, masukkan kobis, fishcake dan bawang holland dan gaul semua bahan tersebut.
Kemudian masukkan telur dan gaul sehingga semua bahan mulai masak dan rata.
Siap! Hidangkan bersama telur dadar yang telah dimasak tadi.

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x