Cara penyediaan ayam sambal ini amat mudah, cuma memerlukan sedikit tambahan rempah ratus bagi menaikkan lagi aroma masakan. Ia juga sesuai untuk anak-anak kerana kurang pedas.
Namun untuk lebih kick, buatlah sambal gesek untuk dimakan bersama, memang berpeluh makan.
Jom cuba resipi perkongsian Hidayah Marzuki ni.
Bahan :
Ayam – digoreng dahulu dengan serbuk kunyit dan garam
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Cili giling
Daun Kari
Sos tiram
Kicap
Perencah cukup Rasa
Garam
Gula
Air
Cara :
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halis kemudian tumis dengan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Selepas itu masukkan sos tiram dan gaul rata.
- Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Letakkan kicap dan air. Air terpulang nak letakkan berapa banyak, jika nak kuah lebih masukkan lebih air. Gaul rata dan biarkan mereneh sebentar.
- Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Siap.
Kredit resipi & foto : Hidayah Marzuki
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/