fbpx

Ayam Bakar ala Kenny Rogers. Guna Air Fryer Je!

iCookAsia

Musim-musim ni kena berjimat kan, tapi kalau teringin ayam bakar dekat Kenny Rogers boleh la cuba resepi ini. Mudah sahaja nak buat guna air fryer. Jom kita cuba.

Terima kasih Nurul Shafinaz untuk perkongsian resipi Ayam Bakar ini 🙂

 Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam

1 biji bawang besar*

2 ulas bawang putih*

1 sudu kecil lada hitam (taknak letak pun tak apa)*

Sedikit halia (kira hujung jari je)*

1 Sudu sos cili

1 Sudu sos tomato

2 Sudu Sos Tiram

2 Sudu Kicap Pekat

2 Sudu Kicap Manis

2 sudu madu (nak letak extra pun boleh)

Sedikit garam

1 sudu minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda *
  2. Masukkan ayam ke dalam mangkuk, campur semua sekali bahan di atas.
  3. Kemudian gaul dan perap selama 2 jam, nak perap lebih dari tu pun takpe.
  4. Bakar di dalam Air Fryer selama 20 minit dengan 180c, kemudian 10 minit dengan 160c
  5. Balikkan ayam supaya di bahagian bawah pun nampak garing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Shafinaz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x