fbpx

Ayam Dang Raya Rani

Chef Lin

Demo Masakan (mula di minit 27) :

 

Bahan-bahan

3 paha ayam, dibuang tulang

1½ cawan (375ml) santan cair

1 keping asam gelugur

2 helai daun limau purut

1/3 cawan (80ml) santan pekat

1 helai daun kunyit, dihiris halus

Garam, gula merah secukup rasa

Bahan Kisar

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

3 biji buah keras

1 batang serai

2cm lengkuas

2cm halia

2cm kunyit

6-8 tangkai cili kering, direndam air panas

5 biji lada hitam, ditumbuk halus

Cara Membuat

1.Potong semua bahan kisar.

2.Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus.

3.Letak bahan kisar ke dalam kuali. Kacau sebentar.

4.Letak ayam dan kacau sehingga kering airnya.

5.Masukkan santan cair, asam gelugur dan daun limau purut.

6.Kacau sekali-sekala sehingga ayam separuh masak.

7.Masukkan santan pekat, daun kunyit, garam dan gula.

8.Masak sehingga kuah pekat.

9.Keluarkan ayam dan panggang di dalam kuali sehingga keperangan.

10.Hidangkan bersama kuah.

Resipi dari buku:

TAGGED:
Share This Article
More than 20 years experience in culinary industry. Expert in Malay cuisine.
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x