fbpx

Ayam Kicap

iCookAsia

Bahan-bahan:

300 gram ayam dipotong kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji bird’s eye chilli
1 labu bawang besar
4 gelas air
1 batang serai
2 sudu minyak untuk menumis
4 sudu kicap sedikit garam
sedikit air asam jawa

Cara membuat

1. Pertama sekali, hiris halus halia dan 2 ulas bawang putih

2. Setelah itu, masukkan ayam ke dalam periuk, diikuti dengan air, halia, bawang putih dan garam. Biarkan sehingga mendidih

3. Apabila ayam masak, asingkan isinya

4. Tumis 2 biji bawang putih yang telah diketuk hingga kuning, masukkan isi ayam, diikuti dengan bawang besar, bird’s eye chilli yang dibelah dua dan serai yang telah diketuk. Kacau hingga kering

5. Kemudian, masukkan kicap dan kacau hingga sebati. Selepas itu, masukkan air asam jawa.

6. Akhir sekali masukkan air rebusan ayam. Biarkan mendidih kira-kira 5 minit dan sedia untuk dihidang

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x