Trend makanan korea ni sentiasa ada, ramai yang nak cuba buat. Tak kesah la versi korea betul atau versi tekak Melayu. Semua nya nak try. Haa.. kalau korang belum cuba lagi, patut cuba tau!
Terima kasih Yuhaslini Yusof untuk perkongsian resipi Ayam Korea ini 🙂
Bahan-bahan:
Ayam potong kecil
Serbuk lada hitam
Bawang putih
Halia
Sedikit Tepung bestariÂ
Tepung jagung
Caranya:
1. Perap ayam dengan serbuk lada hitam, bawang putih dan halia (di blend atau tumbuk) dengan sedikit tepung bestari. Biarkan lebih kurang 1 jam.
2. Selepas itu, salut dengan tepung jagung. Goreng hingga garing.
3. Kalau nak lagi garing, goreng 2 kali (dah siap semua goreng dalam 3-4 minit lagi untuk bagi rangup).
Bahan untuk membuat sos:
Bawang putih
Lada kering kisar
Serbuk cili
Sos tomatoÂ
Madu
Sedikit cuka
Garam
Gula
Bijan (sangai dulu atau goreng tanpa minyak)
Caranya:
1. Bawang putih di ketuk bagi hancur. Masakkan ke dalam kuali dengan sedikit minyak
2. Apabila sudah garing sedikit, masukkan cili blend, serbuk cili, madu, sos tomato, cuka sedikit, gula, dan garam. Sudah agak-agak pekat, masukkan bijan yang sudah siap sangai.
3. Akhir sekali, masak dan siap untuk dihidang!
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Yuhaslini Yusof (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/