fbpx

Ayam Marrybrown Masak Kicap?! Ni ke Menu Baru Marrybrown?

iCookAsia

Sebelum ni, kita dah cuba masak menggunakan menu daripada McD dan KFC. Jadi untuk resipi hari ini, menu yang akan di ‘upgrade’ ialah Ayam Goreng Marrybrown menjadi Ayam Marrybrown Masak Kicap. Sedap ke? Jom cuba!

Bahan-bahan:
Minyak Masak
½ biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
½ biji cili merah
3 hiris halia
Garam secukupnya
4 ketul Ayam Goreng Spicy Marrybrown
½ cawan kicap manis
1 cawan air suam

Cara membuat:
1. Masukkan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih, 3 biji cilli padi dan ½ biji cili merah.
2. Selepas itu masukkan halia dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan garam secukupnya.
4. Seterusnya, masukkan ayam goreng spicy Marrybrown.
5. Tuangkan ½ cawan kicap manis dan 1 cawan air suam.
6. Gaul ayam sehingga sebati dengan bahan tumis dan kicap. Tunggu hingga mendidih.
7. Ayam Marrybrown Masak Kicap sedia untuk di hidang!

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x