fbpx

Ayam Masak Cola Caramel Ala Kedai Korea. Sedap Tak Terkata. Tak Percaya, Cubalah.

iCookAsia

Di kala musim virus bertebaran, adalah lebih selamat kita mengurangkan aktiviti di luar. Andai teringin makan menu kegemaran, inilah masanya mencuba skil memasak, lebih-lebih lagi banyak resipi yang dikongsi enak-enak belaka.

Seperti Ayam Masak Cola Caramel ini, menurut pemilik resipi, Gjoy San, menu ini ala menu di restoran popular Korea, Ayam Goreng Soy Garlic namun lebih enak.

“Ayam masak Cola Caramel. Skrg tak payah lagi nak pi restoren Korea makan ayam goreng soy garlic, ini lagik better. Boleh makan banyak2!!

Cara masak ada seperti di dalam gambar!! Cuba jangan tak cuba ya!!

1. Sediakan ayam.

2. Letak chopped garlic. Bagus untuk kesihatan.

3. Letak Kicap ABC.

4. Letakkan cili besar dan sos tiram sedikit.

5. Letak lada hitam.

6. Letak kayu manis. Kayu manis membuatkan masakan ayam berbau wangi, bertambah selera makan.

7. Selepas itu masukkan Coca Cola. Letak sampai ayam tengelam sikit.

8. Lepas itu gaul rapi ayam.Mula-mula kukus dulu ayam supaya bahan perencah sebati dengan ayam. Kukus dalam 30 minit.

9.Lepas 30 minit, masukkan sedikit perencah serbuk ayam. Untuk seimbangkan rasa manis.

10. Masukkan goji berry, lagipun goji berry bagus untuk kesihatan. Kalau tiada pun tak apa.

11. Selepas itu, pindahkan ayam kukus tadi atas api kecil, masak selama 15 – 30 minit. Awas?! Ketika ini, air Coca Cola akan menjadi pekat. Bau harum semerbak rumah.

12. Periksa selepas 15 – 30 minit.

13. Tadaaaaaaa!!! Siapppp!! Kuah jadi pekat dan wangi.

15. SIAPPPPP!! Makan dengan nasi sedap atau mee Indo Mee goreng!!

Sumber : Gyo San

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x