in , , ,

Ayam Percik Simple. Bazar Tutup, Dapurkan Ada. Resipi #Ramadan

Kalau ada ayam percik, memang lauk lain tak pandang dah. Nak-nak kalau kuahnya ada kick, memang layan. Cara buat pun mudah saja, hanya bakar pakai oven, namun cukup sempurna dengan kuah yang enak lagi lazat.

 

“Haiii.. Salam ramadhan gaissss.. Disebabkan bazar Ramadhan tak buka, so kita buat sendiri la menu untuk berbuka dan bersahur.. Pilih punya pilih, akhirnya menu ayam percik simple yang terpilih 😆.. Resepi disertakan ya.. Kalau kurang rasa kuahnya, hampa adjust la naaa.. Selamat mencuba.”

 

Bahan :

Seekor Ayam (potong 4 bahagian)

5 ulas Bawang putih

2 biji Bawang besar

2 inci Halia

3 batang Serai

Sedikit Cili kisar

1sudu Serbuk kunyit

1 ketul Gula kerek

Sedikit Garam

Santan kotak

Madu

 

Cara :

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Kemudian tumis bahan kisar tadi.

2. Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, gula kerek dan garam.

3. Masak seketika dan masukkan dalam kuah tadi.

4. Siram ayam dengan kuah sambil tu kelar-kelar/tikam-tikam ayam tadi supaya kuah meresap ke dalam isi ayam.

5. Bila ayam sudah separuh masak, angkat dan bakar ayam tersebut.

6. Terpulanglah nak bakar menggunakan arang, oven atau pemanggang ajaib. Bakar sehingga garing. Susun ayam dan lumurkan dengan sedikit kuah dan bakar.

7. Lebihan kuah tadi, masukkan santan dan madu dan masak sehingga pekat. Ambil kuah tadi dan siram ke atas ayam.

Sumber : Norsyaedah Yusof

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0