fbpx

Ayam Varuval

iCookAsia

Bahan-bahan yang diperlukan:

½ ekor ayam dipotong 8
2 biji bawang merah dipotong dadu
1 sudu besar bawang putih dan halia cincang halus
6 tangkai cili kering dipotong
1 sudu kecil jintan putih
2 tangkai daun kari
2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
3 sudu minyak

 

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis jintan putih, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang merah bersama bawang putih dan halia. Goreng sehingga kekuningan
  3. Selepas itu, masukkan ayam, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata dan tutup sebentar lebih kurang 5 minit atau sehingga ayam masak pada api sederhana.
  4. Ayam varuval sedia untuk dihidang.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x