Apa-apa makanan yang ada seafood, confirm akan menjadi sedap. Apatah lagi bagi sesiapa yang betul-betul gemarkan seafood seperti kerrang, udang atau sotong. Kali ni, Admin nak share satu hidangan yang mudah dan boleh ratah macam tu sahaja tau.
Jom kita buat!
Terima kasih Noor Baini Bakar untuk perkongsian resipi Kerabu Pucuk Paku Kerang ini 🙂
Bahan-Bahan:
250g taugeh
500g isi kerang
Pucuk paku (Dicelur)
Sedikit belacan (Ditumbuk)
2 biji cili merah (Ditumbuk)
10 biji cili padi (Boleh tambah atau kurangkan, ditumbuk)
2 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar (Dihiris)
2 sudu besar kerisik
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan yang perlu dihiris dan bahan-bahan yang ditumbuk dalam mangkuk.
- Gaul sehingga sebati.
- Kemudian, perahkan limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Gaul sehingga sebati dan boleh dihidangkan.
Senang sahaja kan? Makan dengan nasi panas pun sedap tau. Bagi sesiapa yang suka ratah pun sedap makan begitu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noor Baini Bakar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos