in ,

Belum Raya Lagi, Tapi Boleh Lah Praktis Buat Biskut Bangkit Cheese Dari Sekarang. Nanti Raya, Buat Macam Dah PRO!

Raya belum lagi, apatah lagi bulan puasa kan? Haa, nampak tak semangat dia tu? Disini Admin nak share dengan anda semua resepi Biskut Bangkit Cheese yang memang confirm sedap. Kata seorang pengguna Facebook ini, sewaktu proses membuat biskut ini, jangan risau rupanya sebelum siap. Dah siap, hasilnya lah yang perlu kita lihat dan nanti-nantikan. 

Amacam? Ada yang dah ada mood raya ke tu?

Terima kasih SuiSan Aliezsha untuk perkongsian resipi Biskut Bangkit Cheese ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung ubi (sangai sehingga tepung jadi ringan)

3 cawan tepung jagung 

1 ketul butter cup

250 g cream cheese tatura

1 cawan gula halus (ikut kemanisan sendiri)

2 biji kuning telur

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil esen vanilla

1 keping cheese cheddar

*tepung jagung, tepung ubi, baking powder ayak terlebih dahulu.

Cara membuat:

  1. Putar butter, gula sehingga kembang, masukkan cream cheese, esen vanilla dan kuning telur. Putar lagi bagi kembang sebati, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar seketika.
  2. Kemudian uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. 
  3. Parutkan cheddar dan gaul sebati. Jika doh kekurangan tepung, tambah tepung ubi. 
  4. Biarkan doh dalam beberapa minit, kemudian tekap acuan.
  5. Panaskan oven atau Air fryer dan bakar pada suhu 170 hingga 30minit mengikut oven masing-masing. Kalau tak cukup masak, ditambah masa. Biar kekuningan seperti dibawah, anda akan rasa cair dimulut dan rangup-rangup cheese tu. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: SuiSan Aliezsha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0