in ,

Bergedil Biskut, Lain Daripada Yang Lain. Tak Payah Cicah Dengan Sos, Makan Gitu Je Pun Dah Sedap.

Tauhu bergedil, bergedil ayam atau daging. Itu antara hidangan masakan yang sangat biasa didengari dan dibuat oleh masyarakat Malaysia sekarang ini. Tetapi, berlainan dengan resepi kali ni, iaitu Bergedil Biskut. Isi bergedil dikapitkan sahaja dengan biskut Hup Seng dan goreng. Nampak pelik, tapi ramai yang sudah cuba dan sedap hasilnya. Jom cuba?

Terima kasih Nuraisyah Abdullah untuk perkongsian resipi Bergedil Biskut ini 🙂

Bahan-bahan:

6-7 biji kentang (direbus dan dilenyek)

Garam secukupnya

Lada sulah secukupnya

Bawang besar (dipotong dadu)

2 ulas bawang putih dicincang halus

Daun sup (dihiris halus)

1 biji telur

Biskut Hupseng secukupnya

Telur

Cara membuat:

  1. Buat seperti begedil biasa. Cuma di kapitkan dengan biskut Hupseng. 
  2. Celup telur dan goreng seperti biasa.

“Boleh juga guna resepi mana-mana begedil. Cuma saya dah biasa buat dengan bergedil kentang je. Tak pernah lagi try dengan ayam atau daging.. 😊 Yang saya buat ni tak ada daun sup sebab tiada stok di rumah, kalau letak mesti lagi sedap.” 

Amacam? Nak try tak? Anda jangan lupa untuk buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nuraisyah Abdullah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0