Siapa sahaja yang tidak tahu akan Kuih Tradisional iaitu Kuih Seri Muka kan? Menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi jika Kuih ini begitu lembut dan cukup rasanya.
Tetapi, pernahkah anda terfikir untuk membuat Kuih Seri Muka yang mempunyai 2 lapisan atas? Jom buat mengikut perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini!
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Dua Lapis ini 🙂
Bahan untuk Lapisan Bawah:
2 cawan pulut susu
2 1/2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Caranya:
- Dengan menggunakan loyang 8×8, sapukan sedikit minyak. Kemudian alas dengan plastik.
- Masuk bahan-bahan di atas dalam loyang. Kacau sebati.
- Kukus selama 25 – 30 minit. Dalam tempoh kukus, buka penutup pengukus. Balik-balikkan pulut dan kukus lagi bagi cukup masa kukus.
- Keluarkan daun pandan. Tekan-tekan kemas pulut yang masih panas bagi sama rata.
Bahan untuk Lapisan Atas:
1 cawan tepung beras (tambah 1 sb lagi tepung beras)
1 kotak santan 200ml
1 1/2 cawan air
1 biji telur
3/4 cawan gula
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit Sirap Rose
Cara membuat:
- Kacau-kacau sebati bahan di atas. Nak blender pun boleh, tetapi perlu ditapis kemudian.
- Bahagi 2 adunan sama banyak.
- Masak atas api perlahan sehinggan adunan hijau naik wap.
- Tuang atas pulut tadi dan kukus selama 20 minit.
- Keluarkan sekejap dalam 10 minit. Cakar-cakar dengan garpu pada atas permukaan hijau.
- Adunan sirap rose juga dimasak atas api perlahan sehinggan naik wap sahaja.
- Tuang perlahan-lahan pada atas yang hijau dan kukus lagi selama 25 minit.
- Apabila siap, sejukkan dulu dan baru potong.
Nota: Pada setiap 7 – 10 minit kukus lapisan boleh buka untuk lap penutup pengukus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos