fbpx

Beri Kelainan Pada Kuih Tradisional, Kuih Seri Muka. Buat Dua Lapis, Warna Berlainan. Sedapnya…

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak tahu akan Kuih Tradisional iaitu Kuih Seri Muka kan? Menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi jika Kuih ini begitu lembut dan cukup rasanya. 

Tetapi, pernahkah anda terfikir untuk membuat Kuih Seri Muka yang mempunyai 2 lapisan atas? Jom buat mengikut perkongsian resepi daripada seorang pengguna Facebook ini!

Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kuih Seri Muka Dua Lapis ini 🙂

Bahan untuk Lapisan Bawah:

2 cawan pulut susu

2 1/2 cawan santan

1/2 sudu kecil garam

2 helai daun pandan 

Caranya:

  1. Dengan menggunakan loyang 8×8, sapukan sedikit minyak. Kemudian alas dengan plastik.
  2. Masuk bahan-bahan di atas dalam loyang. Kacau sebati.
  3. Kukus selama 25 – 30 minit. Dalam tempoh kukus, buka penutup pengukus. Balik-balikkan pulut dan kukus lagi bagi cukup masa kukus.
  4. Keluarkan daun pandan. Tekan-tekan kemas pulut yang masih panas bagi sama rata.

Bahan untuk Lapisan Atas:

1 cawan tepung beras (tambah 1 sb lagi tepung beras)

1 kotak santan 200ml

1 1/2 cawan air

1 biji telur

3/4 cawan gula 

Secubit garam

Sedikit pewarna hijau epal

Sedikit Sirap Rose 

Cara membuat:

  1. Kacau-kacau sebati bahan di atas. Nak blender pun boleh, tetapi perlu ditapis kemudian. 
  2. Bahagi 2 adunan sama banyak.
  3. Masak atas api perlahan sehinggan adunan hijau naik wap.
  4. Tuang atas pulut tadi dan kukus selama 20 minit.
  5. Keluarkan sekejap dalam 10 minit. Cakar-cakar dengan garpu pada atas permukaan hijau.
  6. Adunan sirap rose juga dimasak atas api perlahan sehinggan naik wap sahaja.
  7. Tuang perlahan-lahan pada atas yang hijau dan kukus lagi selama 25 minit.
  8. Apabila siap, sejukkan dulu dan baru potong.

Nota: Pada setiap 7 – 10 minit kukus lapisan boleh buka untuk lap penutup pengukus. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x