Bahan – bahan:
200g bihun
100g isi ayam
3 batang sawi
1/2 tomato
1 cili hijau
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
bawang merah
2 sudu pes cili
2 sudu sos cili
1 biji telur
3 sudu kicap
gula minyak
Cara membuatnya:
- Rebus ayam dengan 2 cawan air dan 1 ulas bawang putih.
- Ketuk dan cincang halus 1 ulas bawang putih. Potong halus bawang merah, potong bulat setengah bawang besar. Potong tomato dan hiris halus cili hijau.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Diikuti bawang merah. Apabila bawang merah sudah layu, masukkan pes cili dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam yang direbus tadi dan kacau sebati. Masukkan gula dan kicap, kemudian sos cili. Kacau sebati dan hingga pecah minyak.
- Masukkan bawang besar, tomato dan sawi.
- Masukkan bihun dan gaul hingga sebati kemudian masukkan telur yang sudah dipukul.