https://www.instagram.com/p/Bh-sPTGAGqF/?taken-by=rosehayatie_
Bahan – bahan:
Bihun (rendam)
6 ulas Bawang putih – ditumbuk
8 ulas cili padi – ditumbuk
2 sudu makan udang kering – ditumbuk
1 sudu lada hitam AJI-SHIO
8 ekor udang basah
Air secukupnya
Garam
Serbuk perasa
Bahan – bahan lain:
Kucai
Carrot
Kobis
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan garam, perasa, lada hitam AJI-SHIO dan udang.
- Kacau sebati hingga udang berubah warna. Masukan air agak-agak untuk lembutkan bihun. Selepas air dah mendidih baru masukan bihun.
- Kacau hingga bihun lembut dan sebati dengan bahan tumisan.
- Seterusnya masukkan sayur-sayuran dan masak hingga bihun kering sedikit dan tutup api.