Selalunya hidangan bersup ini enak dimakan ketika hujan, memang layan sangat dapat panaskan perut. Cara untuk menyediakannya juga mudah dan cepat. Jadi tak adalah menunggu lama waktu lapar kan?
Bahan kisar :
2 biji Bawang besar
5 biji Bawang putih
Sedikit Halia
Bahan :
Isi ayam
Sayur-sayuran
Lada hitam (tumbuk kasar@serbuk)
Cili padi
Telur
Garam
Bihun/mee (nak celur boleh atau masak sekali dalam kuah pun boleh)
Cara :
- Tumis bahan kisar dan kemudian masukkan air (terpulang nak kuah banyak mana kita nak kuah) dan isi ayam.
- Masukkan serbuk lada hitam. Apabila kuah mendidih, masukkan sayur, cili padi yang diketuk, telur dan perasakan dengan garam.
- Celur dahulu bihun jika mahu makan kemudian. Jika tidak, terus masukkan ke dalam kuah tadi.
- Tips untuk lebih enak, kisat dan lebihkan bawang supaya terasa manis dalam kuah.
Sumber : Haniza Ishak