fbpx

Bingka Pandan, Kuih Yang Harum Semerbak. Kalau Keliling Loyang Sudang Lekang, Kuih Siap Untuk Dihidang. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Musim bulan puasa ini, sudah pasti ramai yang ke singgah Bazaar untuk membeli pelbagai makanan dan kuih-muih untuk juadah berbuka. Apabila disebut kuih-muih, pelbagai jenis yang dijual. Kita sendiri rambang mata nak beli. Betul tak? 

Kuih Bingka Pandan untuk resepi kali ini juga antara Kuih yang wajib dijual di Bazaar. Ramai penggemar kuih ini sebenarnya. Tetapi tidak ramai yang tahu membuatnya. Haa, alang-alang anda di sini, apa kata belajar buat kuih ini. Jangan risau, ikut sahaja bahan-bahan dan cara membuat daripada seorang pengguna Facebook ini. Kuih Bingka Pandan anda, confirm sedap dan menjadi!

Terima kasih Noraslinda Md Radzhi untuk perkongsian resipi Bingka Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan santan pekat

1 cawan air pandan

1 cawan gula (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)

2 cwn tepung gandum

2 biji telur

Secubit garam

Sedikit pewarna hijau

Bijan

Cara membuat:

  1. Panaskan oven. 
  2. Campurkan Santan pekat, Air pandan, Gula, Tepung gandum, Telur, Secubit garam. Kisar sebati dan tapis. 
  3. Campurkan pewarna sedikit dan kacau sebati.
  4. Loyang di sapu marjerin dan tuang adunan ke dalam loyang.
  5. Tabur bijan secukupnya. 
  6. Bakar pada suhu 200°c, api atas bawah selama 1 jam atau sehingga kuih masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Noraslinda Md Radzhi (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x