fbpx

Biskut Chocolate Chip. Makan Sebalang Memang Tak Puas

iCookAsia

Biskut Chocolate Chip antara biskut popular sewaktu sambutan Hari Raya, ada pelbagai jenis dan semua bahan tambahan seperti coklat chip, coklat chunk, kacang dan sebagainya boleh ditambah mengikut citarasa.

 

Masa Penyediaan : 15 minit,

Masa Memasak : 15 minit,

Jumlah Hidangan : 80 – 90 biji

Bahan :

1 cawan Butter salted (250g)

1 ½ cawan brown sugar

2 biji telur

1 sudu teh esen vanila

3 cawan tepung (plain flour)

2 sudu tepung jagung

1 1/4 sudu teh baking soda

2 cawan semi sweet chocolate chips

1 cawan badam cincang, bakar seketika

 

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Panggang satu cawan badam cincang dalam 5 minit dan ketepikan
  3. Pukul mentega, gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking soda (tiga bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
  5. Gunakan sudu. Kaupkan dan susun di atas baking tray dalam jarak yang sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  6. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x