fbpx

Biskut Cincin. Paling Enak Dan Rapuh, Tak Puas Makan Satu

iCookAsia

Biskut cincin ini antara biskut tradisional yang selalu dibuat orang dulu-dulu. Cuma sekarang dimodenkan sedikit penampilannya. Rasanya cukup enak dan rangup, makan sekali memang susah nak berhenti.

Cara membuatnya juga mudah, mudah untuk diterap dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.

 

Bahan :

250g Marjerin Seri Pelangi

120g Gula aising (ayak)

1 biji Kuning telur

1 sudu teh vanila

 

Bahan A :

250g Tepung gandum (ayak)

130g Tepung jagung (ayak)

60g serbuk badam

40g Nestum (dikisar halus)

 

Bahan Hiasan :

1 biji Putih telur

170-190g Gula aising (ayak)

Hiasan manik, bunga ros kering, pistachio

 

Cara :

  1. Pukul Marjerin Seri Pelangi dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan vanila, kacau rata.
  3. Tambah Bahan A dan gaul menjadi doh.
  4. Canai doh setebal 1/2 cm. Terap bentuk cincin.
  5. Bakar di dalam ketuhar 165 C selama 15 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah biskut sejuk, picitkan aising dan taburkan dengan hiasan.
  7. Untuk membuat aising: Pukul putih telur dan masukkan sedikit demi sedikit gula aising.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x