Biarpun raya sudah berlalu, namun tidak salah kalau tangan ‘gatal’ nak buat kuih raya lagi kan? Bolehlah buat kudapan di rumah ataupun di pejabat nanti.
Kuih Suji Brunei ini cukup enak kerana terdapat gabungan cornflakes dan susu tepung, malah setiap gigitan itu terasa lemak-lemak manis namun tak terlalu muak.
Bahan :
370 gram Tepung gandum
200 gram Minyak sapi Gheeblend
50 gram Shortening
50 gm Mentega
50 gm Serbuk badam
150 gram Gula halus
100 gram Cornflakes kisar halus
1 biji kuning Telur
80 gram Tepung suji
50 gram Tepung jagung
Bahan salut :
3/4 cawan Nestum kisar halus
1/4 cawan Susu tepung
1 sdb gula Aising
Cara :
- Putar minyak sapi, shortening, mentega dan gula halus sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan kuning telur dan putar sebati.
- Perlahankan mixer, kemudian masukkan tepung suji, tepung jagung, cornflakes kisar, serbuk badam dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
- Bulat-bulatkan dan susun dalam loyang.
- Panaskan oven pada suu 170c dan bakar selama 25 minit.
- Selepas siap, biarkan biskut sejuk dan golekkan biskut dalam bahan salut.
Kredit resipi & foto : Rozmaliza Omar