fbpx

Biskut Yang Senang Dan Sedap Untuk Dibuat, Biskut Kacang Tanah. Hidang Untuk Raya Pun Sesuai

iCookAsia

Kalau dapat makan Biskut Kacang Tanah sedap kan? Buat sendiri lagi best, dapat makan banyak dan puas hati. Bukan itu sahaja, cara untuk buat pun mudah sahaja. Mesti ramai yang suka makan biskut ini, boleh lah buat untuk raya.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Aalia Alyani MY perkongsian resip Biskut Kacang Tanah ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus (Boleh masak kacang pakai oven sekejap)

1 cawan gula halus

150 ml minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya (Nak pakai minyak masak pun boleh)

1 sudu kecil garam

1 biji kuning telur, untuk hiasan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah, gula halus dan garam hingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  3. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat. Kalau tiada acuan, boleh buat guna tangan.
  4. Susun dalam dulang yang digris dengan mentega atau dilapik dengan baking paper. Boleh gris dengan minyak masak juga.
  5. Akhir sekali, sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Aalia Alyani MY(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x