fbpx

Boleh Buat Biskut Datin Kalau Stok Bahan Kuih Raya Masih Ada. Mudah Je

iCookAsia

Pernah dengar Biskut Datin? Jom cuba buat biskut raya ini. Musim raya kan tak habis lagi, jadi boleh la habiskan stok bahan kuih raya di dapur. Mudah sahaja dan tidak menggunakan bahan yang susah pun.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Maiza Azlyn perkongsian resipi Biskut Datin ini 🙂

Bahan-bahan:

250 g buttercup (1 bar)

1 cawan susu pekat

1 biji telur kuning

1 sudu kecil esen vanilla

1/2 cawan tepung kastard

Tepung gandum (Agak-agak sampai doh boleh diuli dan tidak melekat pada tangan)

Jem nenas

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul butter sekejap sahaja menggunakan senduk kayu.
  2. Kemudian, masukkan susu dan kacau sekejap.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sekejap.
  4. Masukkan tepung kastard.
  5. Seterusnya, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh diuli.
  6. Bulat-bulatkan secara kecil dan penyetkan atas baking cup.
  7. Letakkan jem nenas sikit serta tutup seperti buat karipap. Picit hujung bagi lekat.
  8. Akhir sekali, bakar dalam suhu 150 selama 10 minit megikut kepanasan oven masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maiza Azlyn(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x