fbpx

Boleh Buat Untuk Raya, Resepi Cookies Ala Famous Amos. Wangi Dan Crunchy!

iCookAsia

Kalau pergi mall, dari jauh dah bau wangi dan sedap cookies yang dijual di Famous Amos. Bukan itu sahaja, bila digigit memang rangup betul. Kena dengan selera. Buat sendiri pun boleh, stok untuk raya. 

Jom try.

Terima kasih Dzyan Azlina Azman untuk perkongsian resipi Resepi Bubur Famous Amos ini 🙂

Bahan- bahan:
Bahan basah: 
227 g butter
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan kering:
60 g gula kastor
175 g gula perang
350 g tepung gandum
5 g garam
5 g baking soda
250 g choc chips

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pukul butter dan gula kastor serta gula perang.
  2. Masukkan telur and vanilla.
  3. Kemudian, ayak dan masukkan gandum, baking soda dan garam. 
  4. Masukkan pula chocolate chip.
  5. Pindah adunan ke mangkuk lain dan gaul dengan menggunakan spatula. Tapi pastikan jangan over mix.
  6. Akhir sekali, bakar pada suhu 170°C hingga perang.

Tips:

  1. Cookies dough kena rehat dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum bakar. Lagi lama lagi baik.
  2. Butter guna lepas 20 hingga 30 minit keluar dari peti. Tapi boleh juga guna marjerin planta suhu bilik.
  3. Kalau nak cookies lembut, bakar 10 minit. Kalau nak crunchy, bakar 15 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dzyan Azlina Azman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x