fbpx

Boleh Cuba Resepi Sotong Goreng Kunyit Berempah Ni, Lagi Sedap Dimakan Dengan Cili Padi

iCookAsia

Rasa nak makan lauk yang simple sahaja tapi terasa sedapnya dan mengenyangkan? Anda semua boleh lah cuba hidangan yang sangat mudah ini, yang penting rasa dia sangat lazat. Apatah lagi, dimakan dengan nasi panas dan cili padi. Memang ngam.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Aisyah Humaira perkongsian resipi Sotong Goreng Kunyit Berempah ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Setengah kilo sotong (potong besar-besar)

1 sudu besar serbuk kari ikan

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu besar serbuk pati ayam

1 senduk kecil minyak masak Saji Malaysia

Serbuk kunyit dan garam secukupnya

(sebenarnya bahan-bahan ini boleh agak-agak sendiri ya sebab kalau sotong banyak kena lebihkan lagi bahan salut ni)

Bahan B (Sayur):

Bunga kubis, bawang dan kacang panjang secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan sotong dengan semua bahan diatas kecuali sayur dan minyak.
  2. Tidak perlu letak air sebab masa buat ini, sotong masih berair. Kalau nak letak pun boleh tapi sikit sahaja.
  3. Panaskan minyak tumis bawang hingga layu.
  4. Kemudian, masukkan sotong dan ratakan. Jangan terus kacau nanti melekat, biarkan dia masak dulu sekejap dengan api kecil atau sedang nak bagi air sotong tersebut keluar jadi tidak perlu masukkan air.
  5. Apabila sotong sudah separuh masak masukkan sayur-sayur dan kacau semua bagi sebati dan masak. Boleh dihidangkan.

Kalau nak sotong garing lebihkan minyak. Kalau nak sotong lembab-lembab, boleh kurangkan minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar:Aisyah Humaira(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x