fbpx

Boleh Cuba Resepi Viral Bihun Goreng Udang Kering Ini. Memang Sedap Buat Sarapan Pagi

iCookAsia

Kalau anda nak tahu, sekarang ini tengah viral tau  hidangan Bihun Goreng Udang Kering ni. Bila makan je, mesti akan rasa tekstur yang crunchy kerana adanya udang kering. Dengan aroma nya yang memang wangi, memang tak cukup satu pinggan ni.

Jom kita try resipi ni.

Terima kasih Asmak Ahmad untuk perkongsian resipi Bihun Goreng Udang Kering ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Dikisar):

3 biji bawang rose

2 ulas bawang putih

4 tangkai cili kering

Belacan bakar (Sikit sahaja)

Asam jawa (Bersaiz duit 20 sen)

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan B:

1 peket bihun (Rendam air biasa)

1 peket kecil udang kering

12 sudu kecil gula

2 sudu kecil msg

1/2 sudu kecil garam (7 kali)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, bakar belacan.
  2. Kisarkan kesemua bahan A sehingga hancur tapi pastikan air jangan banyak.
  3. Kemudian, goreng udang kering dalam minyak. Apabila agak masak, masukan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan perasa. Tumis seketika lagi. Apabila nampak pecah minyak, baru masukkan bihun.
  5. Kacau sebati bihun dengan api yang perlahan sahaja untuk dapatkan hasil bihun yang tidak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
  6. Akhir sekali, nak tau bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asmak Ahmad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x