fbpx

Boleh Cuba Tips Telur Dadar Gebu Ini Kalau Nak Lagi Sedap Makan Dengan Nasi Panas

iCookAsia

Mesti tak lengkap hidangan kalau tiada Telur Dadar kan? Apatah lagi untuk sesetengah orang yang memang gemarkan Telur Dadar. Rasa dia akan lagi sedap dimakan dengan nasi panas. 

Telur Dadar dimakan dengan kicap pun sedap. Tapi lagi penting kalau telur dadar tu gebu tau. Confirm tak terkata lazat dia tu. Jom kita buat!

Terima kasih Amr Imaan untuk perkongsian tips Telur Dadar Gebu ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 biji telur

Bawang besar

Cili api

Daun parsley

1 biji bawang putih

Lada sulah

Serbuk perasa

Bawang besar dan cili api (Dihiris)

Air suam  1 tau 2 sudu

 Cara penyediaan:

  1.       Pecahkan 2 biji telur dan pukul sehingga kembang.
  2.       Apabila sudah kembang, masukkan air suam 1 atau 2 sudu.
  3.       Kemudian, masukkan bahan bahan yang lain.
  4.       Panaskan minyak sedikit sahaja dan goreng.

Senang kan? Memang sangat sedap dan gebu. Confirm makin berselera dan bertambah nasi.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Amr Imaan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x